Monday, 13 October 2014

tempahan kek karamel

terima kasih satya atas order kek karamel walaupun tester 1st try buat yg bawa haritu agak pahit. hehe...
 
jangan serik order lagi ye.. personally memang saya pon suka sgt kek ni.. lepas penat buat..lapar pulak..tambah2 hujan membasahi bumi sub ngai besi ni... buat jemput2 dengan sos cili bawang putih permintaan husband.. memang sedap... habis sekelip mata sahaja...

Saturday, 11 October 2014

kunjungan keluarga mertua

harini hari graduasi qis...dah 6 tahun anak ibu.. dah nk abes sekolah tadika..so, nak meraikan qis.. jemput mak abah ibu ayah ke konsert qis. ibu ayah dari seremban kami ajak tido rumah kami taakut kelam kabut di pagi hari... tapi

wahhh..cuak bila family mertua nak datang kan..dah la masak tak konsisten..(lain la kek. sukatan memang dah tetap)..kejap ok kejap tak..tapi syukur sbb nampaknya masakan kali ni agak menjadi (huhu..menjadi ke)..dan yg takut..tak terbangun pagi.wakakaka.. tak makan la semua org kalo terlambat bgn.

ok la..takmo byk cakap... kita tengok gambar makanan aja...
Qis Sedang bagi ucapan
kek caramel 6' untuk makan-makan
kek caramel sebelum dibakar
pudding koktel-pembasuh mulut
spaghetti carbonara - semasa minum ringan
persediaan untuk buat macaroni bakar. pedas. tukang masak tak dapat makan sebab tak tahan pedas tapi orang negeri Sembilan kata tak pedas pon...
ini je gambar macaroni bakar yang sempat diambil.. bila tetamu dah pulang.. hehehe
wahhh... macam rombongan untuk graduasi qis.. ni kalau konvo, tak tahula berapa ramai yang join ni.. hehehe

Tuesday, 7 October 2014

salam aidiladha

holaaa!!

belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya korban kepada semua yg beragama Islam..  tahun ni buat biskut je. mula2 ingat nk tukar kacang dengan oat. tp lupa. hehehe..dah termasukkan kacang juga. takpela.daripada takde kuih di hari raya kan. boleh buat makan2 sambil tgk tv.

Friday, 3 October 2014

tempahan biskut

tiba-tiba dapat mesej dari seorang kawan kata nk tempah biskut. alhamdulillah. rezeki raya haji kot. makanya membuat la biskut. walopon memang dah berhajat nk buat. kalo takde orang tempah agak-agak mesti butter yg dah keluar. masuk balik peti sejuk.hahaha. member minta kurang kan lagi manis. so guna 3/4 cwn gula perang shj. kalau ikut resepi asal 1 cwn gula perang dan 1 cwn gula biasa. byk kan?. sebelum ni memang dah guna 1 cwn gula perang saja..tp still rasa manis. agaknya lepas ni kene guna 1/2cwn je kot

apa pon. tq sanisah. jangan serik order lg yer. salam aidiladha dari dapurumimira.

Thursday, 2 October 2014

congo bars

aduhai..dukla teringin nak makan mende ni..try la buat kan..lama kot dapur tak berapa nak berasap..so buat la... masa bancuh nmpk cntik je..bila da siap pon nmpk cantik tp bila nk potong terburai pulak. agaknya kene tggu sejuk kot baru potong.hehe. sebab esoknya potong ok pulak..tp yg tak sedapnya manis la pulak... bkn manis sikit.banyak tu.huhu. kene kurangkan gula lagila nampaknya walopon dah banyak yg dikurangkan drpd resepi asal.
 
bila bagi opismet makan (bagi opismet lelaki dulu.. nanti kalau 2nd try.. dah kurangkan gula baru bagi semua.huhu). licin pula tu. pelik. diorang tak rasa manis ke. thanks guys habiskan kuih ku... pengalaman pertama biasanya huru hara sikit.hope lepas ni ok..