resepi

bila kawan-kawan tanya resepi.. sebenarnya diri sendiri pon tak tahu macam mana nak cakap kan. sebab memang ambil resepi dari entah mana-mana. lepas tu lupa dari mana datang resepi tu.. dan sebenarnya jugak malu nak bagi resepi sebab buat bukan la jadi macam yang sepatutunya. ye la kan sebab main try and error je. tak pernah nak berguru dengan tok guru seperti sepatutnya. kalau tak percaya, cuba tengok post kek-kek dan masakan di awal-awal blog ni, rupanya memang tak berupa la.. huhu.. tapi sebab galakan dari orang tersayang, try lagi dan lagi.. akhirnya alhamdulillah walaupon kadang-kadang mengecewakan juga hasilnya. huhu

so, di sini, saya link kan mana-mana resepi yang saya ada.. senang juga untuk saya merujuk bila nak  buat kuih. (huhu.. macam mana nak hafal resepi ek? dah setahun tak hafal-hafal)

kek span pelangi
tapi saya tak cuma guna sukatan macam yang ada dalam blog tu. kaedah dia tak sama mcam saya buat sebab saya tak guna ovelet. macam tak berapa yakin nak beli ovelet. pulak tu, saya guna tepung  biasa je. huhu. so cara saya. saya asingkan putih telur dan kuning telur. yang putih telur tu, saya pukul sampai kejung dengan separuh gula aising (meringue).. bahan lain, saya campurkan dan pukul sekali dalam bekas lain. lepas tu, kaup balik dengan putih telur yang dah kejung tadi.

kek span coklat
yang ni pon sama, saya tak guna ovelet

kek red velvet
resepi paling senang. so, resepi ni jela yang digunakan. ni pon kawan y ang bagi. tq

kek keju
untuk mini cheese cake pon, resepi yang sama digunakan cuma masukkan dalam acuan kecil

pavlova
untuk mini pavlova pon, resepi yang sama digunakan cuma bentukkan kecil-kecil

krimpuff
kalau ikotkan resepi dalam ni, memang sikit sangat. so, biasa memang saya buat 2-3 adunan. kalau tak, memang tak sempat nak kelip mata dah habis.

snowy cheese cake
kek nya cuma kek span biasa je. cuma diliputi dengan cheese.. untuk lapisan cheese meleleh, guna 250g cream cheese dan putar dengan setengah tin susu pekat manis. dan ditabur dengan parutan cheddar cheese.

puff daging/ sardin
untuk ni, saya takda resepi sebenarnya. main hentam je. puff dia pon gunakan yang dah readymade je. selalu beli yang jenama kawanku. inti dia je la. saya buat ikut gerak hati. tumis bawang merah dan putih yang dipotong dadu. lepas tu masukkan lada kisar sampai naik minyak. masukkan semua bahan perasa (gula garam dan kalau rasa nak letak pak aji ke mak aji ke sebarang aji sukati la kan. ikut rasa sedap sendiri ).. masukkan daging kisar. pastu siap. biasanya saya tak letak daging kisar je. saya campur cendawan butang, daun kuchai, hotdog yang dipotong kecik-kecik dan apa-apa je yang ada dalam peti sejuk masa tu. huhu.. bila dah siap, boleh la masukkan dalam pastry yang dah dimasukkan dalam acuan yang macam entry saya yang lepas ni. masak 15 minit. pastu masukkan telur. masak lagi 15 minit. siap untuk di makan. boleh tambah mayonis dan soso cili... owh lupa... suhu 180darjah

pada saya, mana-mana resepi pon boleh guna. ye lah kan.. kita buat dia. hehe.. cuma jadi dengan tak je. tapi all da best!!.. selamat mencuba.

*terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi. Allah sahaja yang dapat membalas nya...

No comments:

Post a Comment